Good day everyone,
As requested, I will use Bahasa Malaysia for this entry for better understanding :)
Bahan bahan yg diperlukan :
- High Protein Powder
- Bee Pollen
- Air suam (500ml)
- Telur (3 biji)
- Madu (375 ml)
- Bekas untuk menyimpan HPW
- Blender
High Protein Powder, Bee Pollen, air suam, telur dan madu
Empty container
High Protein Powder and Bee Pollen ada dalam starter pack HPW
Telur boleh la guna telur Gred A+, good quality as kita mesti la bagi yang terbaik untuk Suggie, tak sampai 50 sen pun sebiji kan.
Madu terbaik untuk Sugar Glider adalah madu brand Sweet Meadow
Madu ni memang import dari New Zealand. Ada banyak jenis macam White Clover, Manuka, Rewarewa
Boleh guna Manuka (Rm33) atau Rewarewa (Rm18)
Kali ni saya guna Rewarewa sebab Manuka da out of stock kat pasaran :(
Air pulak, just panaskan sikit je bagi dia jadi suam sikit
Container beli la satu bekas special untuk Suggie, kat tutup tu tulis HPW ke, or tulis nama Suggie korang so that orang tau tu makanan Suggie sebab korang nak simpan dalam fridge nanti.
1. Masak scrambled egg. Jangan letak minyak. Panaskan kuali and masak je. Rupa dia macam ni la
2. Dalam bekas lain, campurkan madu dengan air suam. Air suam tadi senang la nak dissolve ngan madu. Kacau bagi sebati macam ni
3. Masukkan serbuk High Protein dalam bancuhan madu n air suam. Kacau hingga sebati
4. Campurkan scrambled egg, Bee Pollen dan sedikit campuran HPW (madu, air dan serbuk High Protein tadi). Blend sekejap sampai campuran sebati. After that tuang semua bancuhan HPW tadi and blend semua skali. Jangan blend lama2, tak sampai 5 minit pun da sebati bancuhan HPW tu.
5. Tuangkn bancuhan HPW dalam bekas. Kat surface ada bubbles sikit ye la baru leps blend kan.
Warna dia coklat macam teh susu hehe
Simpan HPW dalam fridge, nanti dia keras macam aiskrim. Hari2 just scoop 1 n half teaspoons untuk seekor SG letak dalam feeding bowl. Teaspoon ye bukan Tablespoon. Teaspoon kecil dari saiz Tablespoon yang kita guna nak makan tu. Cairkan HPW dalam feeding bowl sebelum bagi makan. Kalau korang ada lebih dari sekor SG, boleh la asingkan feeding bowl nak bagi semua dapat amount yang sama. Boleh dicampurkan dengan fruits and vegies tapi sape yang baru bela SG tu kadang2 complain SG korang makan buah je, dia tak makan pun HPW. So nak train SG korang makan HPW, boleh bagi makan HPW dulu. Nanti da malam sikit baru bagi makan buah and vegies. Tapi for my SG, pantang nampak HPW. Dari jauh lagi da joget2 nak HPW *phheeeww